Kasihku...
Maafkan aku jika aku tidak pernah untuk mempercayaimu,
Maafkan aku seandainya hatiku terlalu ego
Bukan ku sengaja melakukannya,
tetapi hatiku takut untuk mempercayaimu
Aku takut engkau mengecewakanku
Aku takut engkau melukai hatiku
Maafkan aku sayang,
Kerna hatiku masih meraguimu,
tetapi kini engkau telah tiada lagi,
engkau pergi meninggalkan aku untuk selamanya
Hanya kenangan yang menjadi ingatan,
terlalu banyak kenangan di antara kita berdua
Engkau selalu membelaiku,
Engkau selalu menemaniku sewaktuku di dalam kegelapan
Engkau menghiburkan hatiku disaat ku kesedihan
Engkau memelukku ketika ku mengalir air mata
Engkau kesatkan air mata ini dengan lembut
Kini itu semua sudah menjadi kenangan untuk selamanya
Seandainya engkau dapat membaca luahan hatiku ini,
adakah engkau akan memaafkan diriku ini?
Sunday, February 27, 2011
Maaf
Posted by chenta ekin at 10:03 PM 0 comments
Saturday, February 26, 2011
Menyesal Mengenalimu
"Setelah hati ini dikecewakan,ku menyesal mengenali dirimu"
Menyesal ku mengenali dirimu
kerana cintamu bukan untukku
hatimu tak bisa ku memiliki
kerana hatimu dimiliki orang lain
Kau serahkan hatimu kepada orang lain
kini engkau telah mengkianati hati ini
hati ini telah kau iriskan dengan sengaja
sakitnya bila dikecewakan oleh orang yang ku sayangi
Dulu engkau selalu di sampingku
di mana ku berada engkau selalu datang menemaniku
alangkah bahagianya hati ini bila ku sedar
diri ini terasa di sayangi
Hati ini terasa rindu bila berjauhan denganmu,
kini engkau pergi jauh meninggalkan diriku
engkau tidak pedulikan aku lagi
engkau membuang ku seperti SAMPAH di tengah lautan
Sayang,
Mengapa engkau dustai cinta ini?
di saat ku memerlukan dirimu,
begitu mudahnya engkau kianati hati ini
kini hati ini terasa dipinggirkan
Kini sudah tiba masanya untukku mengundurkan diri,
ku rela melepaskanmu demi kebahagiaanmu..
"Selamat Tinggal Sayangku"
Pergilah sayang,jangan engkau kembali lagi di hatiku,
jangan engkau menangis kehilangan diriku,
bahagia lah engkau dengan orang yang engkau sayangi
Aku di sini berdoa agar engkau bahagia di sampingnya
Cuma 1 pesanan buatmu,dengarlah baik2
Tolong jaga orang yang terlalu menyanyangi dirimu
jangan engkau permainkan hati orang lain lagi..
Posted by chenta ekin at 10:51 PM 0 comments
Wednesday, February 23, 2011
Oh Cinta
Oh cinta..
tak ku duga..
kau ibarat meteroid..
kehadiran tak dapat dijangka..
membuat aku terpukau tidak terkira..
Oh cinta..
tak ku sangka..
kau ibarat gula..
kemanisanmu membuat aku girang tak terkata..
Oh cinta..
tak ku jangka..
kau terlalu perit..
saat kau membuka langkah dan terus melangkah..
membiarkan aku meniti kehidupan yang tiada lagi bermakna..
kini..
tiada lagi indah..
tiada lagi manis..
tiada lagi sinar..
hanya kegelapan..
mnyebulungi hidupku..
terima kasih cinta
Posted by chenta ekin at 1:45 AM 0 comments
Tuesday, February 22, 2011
Bila Dia Bahagia,Hatiku Menangis
Mengapa hati ini menangis?
setelah ku melihat dirinya bahagia di samping orang tersayang
Mengapa air mataku bagaikan mahu luruh??
betapa sakitnya hati ini
bila ku melihat dia bahagia..
sedihnya hati ini,ku merasakan diri ini seperti di pinggirkan
Seharusnya aku bahagia,bila dia bahagia..
tetapi sebaliknya,hatiku bagaikan dilukai bertubi-tubi olehnya.
Aku merasakan diri ini seperti tidak wujud di hatinya..
Kenapa dia tidak pernah memahami hatiku??
mengapa dia terus menyakiti hati ini??
mengapa dia dustai cinta yang suci ini??
Posted by chenta ekin at 9:48 PM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
Blog Untuk Tentang Diriku
salam...untk pengetahuan semua,
aq wt blog neh..untk story kisah aq...
story tentang ape yang aq rasa...
aq luahkan tentang ati aq kt sni....
aq karang ayat2 smua neh,ade maknanye..kowng jgn ckp aq neh jiwang or pe2...
tp...neh soal ati aq...pe yg aq 2lis neh,ade kena mngena dgn idop aq...
kowng jngn ambk ayat aq neh untk kowng kasi kt owg trsayang lak..
story for love in my life!!
Posted by chenta ekin at 12:07 AM 0 comments
Monday, February 14, 2011
Bila Hati Kita Sayang Seseorang
Bila kita mula sayangkan dia
hati kita selalu bahagia di sampingnya
hati kita selalu rindukan dia setiap detik.
Bila dia berjauhan dari kita
hati kita selalu gelisah dan ketakutan
kerana hati kita takut kehilangan dirinya
sampai kadangkala,kita sering tanya khabar tentang dirinya
hati kita selalu ingin berada di sampingnya.
Bila kita rindukan dia
kita selalu rindu suara dia
rindu gelak tawa nya...
dia bagaikan penghibur hati kita,
hati kita selalu bahagia dengan dia
Hati ini selalu mahukan dirinya
hati kita selalu sayangkan dirinya
hati kita selalu rindukan dirinya
hati kita sentiasa ingin berada di sampingnya
Tetapi,adakah dia sedar bahawa diri ini selalu inginkan dirinya?
sedarkah dia bahawa hatiku selalu menyebut namanya??
Posted by chenta ekin at 6:27 PM 0 comments
Saturday, February 12, 2011
Maaf Jika Ku Tak Sempurna Di hatiMU
Setelah kian lama kita berpacaran
hati kita selalu bahagia dan saling menyanyangi.
tetapi adakalanya aku selalu membuat dirimu kesedihan,
aku selalu membuat hati engkau tertekan dengan diri ini
Bukan niatku untuk melukakan hatimu
tetapi aku ingin engkau tahu bahawa
hatiku menagih kasih sayang darimu,
aku selalu mengimpikan belaian darimu
hatiku selalu inginkan dirimu berada disampingku.
Sayang,
Maafkan aku jika diri ini tidak sempurna di hatimu
Maafkan aku jika diri ini selalu membuat dirimu kesedihan
Maafkan aku jika diri ini tidak layak dihatimu
Posted by chenta ekin at 3:10 AM 0 comments
Friday, February 11, 2011
Hati Ini Sering Dilukai
Hati ini ingin mengecapi kebahagiaan,
Tetapi hati ini sering di lukai.
Hatiku sepi tanpa CINTA
Mengapa CINTA itu pergi tinggalkan aku?
Mengapa hati ini tidak wajar dicintai?
Salahkah aku mencintai dirimu?Miski pun ragaku tak bisa bersamamu.
Seandainya engkau memahami perasaanku,
adakah engkau dapat merasai kepedihanku ini?
Hati ini merintih kesayuan, menangis..
Posted by chenta ekin at 10:01 PM 0 comments
Mengapa Harus Melafazkan Kata2 Perpisahan
Hati ini bagaikan kosong,
setelah engkau melafazkan kata2 perpisahan
Hatiku menangis bila ku mendengar kata2 itu
Seandainya hati kita dapat bersama
Alangkah indahnya dunia ini,dunia ini bagaikan penyeluh cahaya cinta kita
Sayang,
Aku ingin berada di hatimu,
Aku mohon bukalah ruang hatimu untukku menebusi kesalahanku ini.
Izinkan aku terus menghampiri di kamar hatimu!!
Posted by chenta ekin at 9:36 PM 0 comments
Hatiku Sukar Melafazkan CINTA
Mengapa hatiku sering membisu untuk melafazkan kalimah CINTA??
Mengapa hatiku sukar untuk meluahkan kata2 CINTA terhadapmu?
Hatiku penuh dengan keindahan CINTA itu
Hati ini selalu ingin dekat dengan hatimu
Sayang,
Adakah engkau juga dapat merasakan perasaan ini?
Seandainya hati kita bersatu,alangkah bahagianya hati ini,
Kita berdua akan menikmati keindahan dunia cinta kita..
Posted by chenta ekin at 9:25 PM 0 comments
Doa Untuk Kekasih
Ya Allah,
seandainya telah kau catatkan dia adalah yang terbaik untukku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,kekalkan lah kebahagiaan yang ku nikmati dengannya.
Jangan Engkau pisahkan aku dan dia,kerna hatiku hanya inginkan dirinya berada disampingku.
Jangan Engkau ambil dia dari aku.
Ya Allah,
jika dia bukan untukku,jauhkanlah dirinya dari pandangan mataku.
Hapuskanlah dia dari ingatanku,
agar hati aku tidak menangis kehilangan dirinya.
Posted by chenta ekin at 2:30 AM 0 comments
Semakin Rindu,Semakin Sayang
Semakin dikenang,
Rindu bertambah mendalam
Semakin di pandang,
Hati bertambah sayang..
Posted by chenta ekin at 1:07 AM 0 comments
Mengapa Hati Kita Harus Berpisah
Jika hati kita berdua saling terluka
Posted by chenta ekin at 12:50 AM 0 comments
Thursday, February 10, 2011
Hatiku Tak Layak Di Cintai
Hatiku tak layak untuk mencintai dan dicintai,
hatiku sering terluka oleh lelaki,
setelah ku beri cinta yang tulus dari hati ini..
Hatiku merintih sayu akan nasib cintaku ini,
yang dipermainkan oleh sang perawan tanpa henti..
perawan yang tandus akan erti cinta sejati..
Hatiku menjerit2..menyeru kebahagiaan menjelma..
namun tidak ku dapat tiliki..
bila cinta ku tidak akan dipandang enteng lagi,
tidak lagi dicarik2 oleh insan bernama lelaki.
Posted by chenta ekin at 1:02 AM 0 comments
Selamat datang ke Dunia blog Chenta Ekin
Assalamualaikum...hye kawan2ku...akhirnye aq ade gak blog neh...haha
aq wt blog neh untk story2 tentang kisah idop aq...
ble aq de problem or sdey..aq akan luahkn kt sni...
blog neh gak,aq luahkn kisah chenta aq...kisah kesedihan aq...
harap u all ske la ye...kt sklah,aq selalu karang ayat2 chenta or jiwang..hahaha...
ble aq bwink,aq karang ayat 2...aq karang ayt 2 bkn sekadar suke suki..tetapi kenyataan...
aq karang ayat chenta dlm buku sampai la terbawak2 kt blog neh...hehe...
rajin2 la usha2 blog aq neh...hehehehe
nnti aq update ag ayat2 chenta aq...nnti kowng bce la ye...
sampai sni jew aq taip2 eh...bye2...salam..
jmpa ag..=)
Posted by chenta ekin at 1:00 AM 0 comments
Bila Hati Terluka
Bila hati kita terluka
adakah hati dia juga akan terluka?
Mengapa hati kita harus terluka??
Mengapa hati kita tidak akan bahagia selama-lamanya??
Kenapa?!
Ku turuti jua apa kehendaknya,walaupun perit untukku telan penderitaaan ini.
Posted by chenta ekin at 12:46 AM 0 comments
Sepi
Hatiku sepi tanpa engkau,hatiku sering dibuai mimpi kesedihan.
Pada malam yang dingin,ku hanya memanggil-memanggil namamu.
Namun suaramu tiada kedengaran.
Dimana dirimu?
Sayang,sedarkah engkau apa yang telah terjadi antara kita?
Sayang,mengapa engkau menghilangkan diri??
Siapakah aku di hatimu??
Adakah aku masih di hatimu??
Hatiku sepi tanpa CINTA
Posted by chenta ekin at 12:37 AM 0 comments
CINTA Tak Bisa DiMiliki
Seandainya CINTA itu tak bisa dimiliki,
mengapa hatiku terasa perit untuk menelankannya
hati aku menangis kehilangan CINTA itu
mengapa CINTA itu wujud??jika CINTA itu tak bisa dimiliki selama-selamanya.
Posted by chenta ekin at 12:28 AM 0 comments
CINTA
CINTA,engkau datang memberi kekuatan untukku bahagia,engkau membuat hatiku terhibur denganmu
CINTA membuat aku mengenali erti kasih sayang dan kesetiaan.
Tetapi mengapa CINTA itu takkan kekal bersamaku??
Mengapa CINTA itu pergi tinggalkan aku??CINTA mengapa engkau harus pergi??
Posted by chenta ekin at 12:20 AM 0 comments
Andai Hati Kita Berpisah
Seandainya hati kita berpisah
Mengapa hatiku sering menangis??
Bertapa sakitnya hatiku untuk menerima keperitan ini
Hatiku sering inginkan dirimu
tetapi mengapa engkau pergi meninggalkan aku sendirian??
Apa salahku padamu?
Aku ingin engkau kembali kepadaku,
tetapi hatiku menyatakan bahawa engkau tidak akan kembali lagi
Posted by chenta ekin at 12:13 AM 0 comments