BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
zwani.com myspace graphic comments

my lagu


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, July 26, 2011

Jika Ditakdirkan Aku PERGI

Jika jari jemariku ini ada titisan darah yang mengalir
itu bermakna hatiku telah dilukai 
jika air hujan membasahi pipiku
itu bermakna hatiku menangis kernamu

Kasihku,jika tiba masanya untuk ku pergi
aku pinta engkau sedekahkan aku sekalung doamu "al-fatihah"
jika hatimu merinduiku,engkau kirimkanlah isi hatimu melalui DOA
agar aku bisa mendengarnya di atas

Usah kau menangis lagi sayang,
aku di sini sentiasa melihatmu dari LANGIT
aku sentiasa ada dihatimu,
walaupun aku tak bisa ada di sisimu lagi

Friday, July 22, 2011

Perasaan Apakah Ini?

Mengapa hatiku masih terasa sedih,
bila aku melihat dirinya bersama insan yang lain
walaupun hatiku sudah menemui pengantinya
adakah ini dinamakan cemburu??

Tetapi,mengapa pula harus ada cemburu di hati?
sedangkan hubungan aku dengan dirinya sudah berakhir
entahlah,mengapa hati ini harus ada perasaan itu
aku tidak mengerti

Perasaan apakah yang muncul di hatiku?
sehingga menitis air mata..

Thursday, July 14, 2011

BERPISAH HANYA UNTUK SEMENTARA

Sejauh mana pun kita berlari,
dia pasti akan kejar kita
sejauh mana pun kita bersembunyi
dia pasti menemui kita

Sejauh mana pun kita larikan diri dari segala keputusan
dia pasti beritahu kita tentang itu
sejauh mana pun kita tak nak tahu soal itu
pasti dia mengumumkan hal itu

Walaupun hati menangis,kecewa,sedih
kita terpaksa angkur dengan keputusan itu
kita terpaksa mendengarnya walaupun hati berbisik tak nak pergi
walaupun ia menyakitkan hati,kita terpaksa menerima keputusan itu

Dalam hati bernangis,
kerana kita terpaksa berpisah dengan rakan-rakan,ibu bapa,
dan orang yang paling rapat dengan kita
kita hanya berpisah sementara,bukan berpisah untuk selamanya